Tiada kejayaan tanpa ilmu..

Wednesday, December 23, 2009

Testimonial 'E-book Mentor Jutawan bersama Irfan Khairi'

E-book Mentor Jutawan memang sangat bagus. Tidak sia2 saya membelinya. Sebelum ini saya hanya promote tanpa membelinya sendiri. Tetapi selepas membaca E-book Mentor Jutawan ini sendiri sememangnya memberi satu impak yang sangat besar untuk saya.

Apabila saya mula membaca ebook ini saya rasa susah nak berhenti membaca. Setiap perkataan sangat bermakna dan setiap point pasti saya tulis.

Dalam E-book Mentor Jutawan ini juga telah meluaskan ilmu pengetahuan saya tentang perniagaan. Rasa lebih bersemangat.

Cara penyampaian dalam E-book Mentor Jutawan juga membuatkan saya rasa tidak bosan untuk terus membaca.

Secara keseluruhannya setiap tips daripada kelapan2 ikon jutawan ini sangatlah memuaskan hati saya. Syabas kepada mereka! Terima kasih juga kerana berjaya membuka minda saya untuk lebih berjaya...:)

Wednesday, December 16, 2009

Jom sertai program Affiliate

Jom daftar,klik di sini:

http://www.irfankhairi.com/affiliate/affsignup.php?pid=3f57315b


Tidak RUGI anda mencuba...

TIADA BAYARAN YANG DIKENAKAN
untuk menyertai program ini!!!

Jom baca dulu pasal program ini.
Apakah itu "Program Affiliate Mentor Jutawan"?

Program affiliate Mentor jutawan membolehkan anda mempromosikan "Mentor Jutawan" kepada orang ramai dan sekiranya terdapat jualan, anda akan menerima komisyen sebanyak RM10 untuk setiap jualan.

Bagaimanakah saya boleh promosikan "Mentor Jutawan"?
Kebiasaannya anda promosikan Mentor Jutawan di laman web anda, atau di blog anda.
Anda juga boleh mempromosikan melalui kaedah lain seperti email, forum, chatroom, myspace, friendster dan sebagainya. Namun begitu, perlu diingat bahawa anda perlu promosi secara beretika (tidak spam), kerana promosi membuta akan mengakibatkan orang ramai tidak selesa dengan perbuatan anda.

Apa yang perlu saya lakukan untuk mendapat komisyen?
Apabila anda mendaftar program affiliate Mentor Jutawan secara percuma, anda akan menerima username & password akaun anda melalui email. Login ke akaun anda, dan anda akan mendapat link, text link dan juga banner link. Guna kan link ini di laman web, blog, email dan lain lain untuk mempromosi Mentor Jutawan.

Sekiranya seseorang klik pada link tersebut, dia akan dibawa ke laman web Mentor Jutawan. Sekiranya dia melakukan belian, anda akan mendapat komisyen RM10.

Saya tidak tahu menggunakan link/ text link/ banner link. Bagaimana?
Caranya mudah sahaja. Di bahagian "Banner/Links" akaun anda, anda boleh mendapatkannya. Anda hanya perlu copy & paste kod HTML yang diberikan ke laman web atau blog anda sahaja.
Manakala, gunakan link anda seperti: http://www.irfankhairi.com/mentor/[ID ANDA] untuk email, forum, chatroom dan sebagainya. Sekali lagi, kami mengingatkan untuk anda promosi dengan cara berhemah & beretika supaya tidak menganggu keselesaan pengguna Internet lain.

Saya tidak mempunyai laman web atau blog dan ingin promosi menggunakan email kepada rakan-rakan saya. Apa yang perlu saya buat?
Anda boleh menulis email kepada kenalan anda
Penting: Anda di larang menghantar SPAM. SPAM bermaksud menghantar email membuta kepada senarai nama dan alamat email yang anda sedia tidak kenal. Sekiranya anda melakukan spam, akaun anda akan di gantung dan bayaran akan dihentikan. Ini kerana SPAM adalah salah disisi undang-undang siber dan merupakan perbuatan yang tidak beretika. Kami mengambil tindakan yang keras keatas spammers. Hanya hantar email promosi kepada kenalan anda atau mereka di dalam mailing list anda sahaja (sekiranya anda memiliki mailing list sendiri)

Sekiranya seseorang klik pada link saya dan membuat belian Mentor Jutawan, apa akan jadi?
Tahniah, kami akan membayar anda RM10! Kami akan lakukan bayaran terus ke bank akaun anda.

Bila saya akan di bayar?
Bayaran di lakukan pada 1hb setiap bulan apabila jumlah komisyen anda adalah RM20 atau lebih (minimum RM20). Anda juga boleh tentukan sama ada anda inginkan bayaran pada RM20, RM50, RM100 atau seterusnya. Asalkan, minimum untuk kami lakukan bayaran adalah RM20.
Kami akan bayar terus ke bank akaun anda. Oleh itu, sila isikan maklumat bank anda di ruang profil anda.


Apakah jaminan bahawa saya akan di bayar komisyen atas setiap jualan Mentor Jutawan?
Program affiliate Mentor Jutawan dikendalikan oleh Irfan Khairi Sdn Bhd. Satu nama yang sedia dikenali dengan kredibiliti & kualiti sejak 2005 dalam arena perniagaan Internet. Pihak kami mengalu-alukan ramai orang seperti anda untuk mempromosikan Mentor Jutawan
.
Apabila kami membayar anda, lebih anda bersemangat untuk mempromosi Mentor Jutawan. Bila anda lagi bersemangat, kami pula dapat menambahkan jualan Mentor Jutawan. Jadi, ianya adalah win-win situation, di mana, kami semestinya akan membayar komisyen untuk memastikan anda gembira, dan bila anda gembira, jualan Mentor Jutawan pula bertambah :)

Apakah maksudnya dengan 2-tier?
2-tier adalah di mana, sekiranya seseorang klik pada link anda, dan turut serta menyertai program affiliate Mentor Jutawan, dia juga akan boleh mempromosikan Mentor Jutawan seperti anda.
Sebagai tambahan, sekiranya seseorang itu mendapat jualan, anda juga akan turut mendapat komisyen sebanyak RM2 atas setiap jualannya!

Apakah syaratnya untuk saya menyertai program affiliate Mentor Jutawan?
Buat masa ini, syaratnya adalah anda perlu mempunyai akaun bank tempatan (Malaysia) untuk kami membuat bayaran kepada anda! Penyertaan menjadi affiliate adalah percuma.

Tunggu apa lagi jom daftar di sini:

http://www.irfankhairi.com/affiliate/affsignup.php?pid=3f57315b

Tuesday, December 15, 2009

Bermulanya episod baru

wah.....besnyer dah abis tugas jaga SPM.hehehe...seronoknye dapat bercuti.....
so lepas ni boleh la rehat sepuas-puasnye.
Tapi aku ni cakap je lebih...tapi otak ni still pikir pasal sekolah. Pikir pasal tahun depan. Risaunyanak melalui tahun depan.
Tambahan pulak maybe tahun depan kena ajaq kelas peperiksaan. Lagi la duk risau...
Hopefully semuanya berjalan dengan lancar tahun depan.
Yang paling penting semangat tu mau ada.Betul tak? hehehe..don't worry .....be happy...
lalalalaa....

Wednesday, December 9, 2009

As come back!!!

Lamanye tak tulis blog ni...bz betul aku ni...mengalahkan PM plak.hehehe
Sekarang cuti sekolah,so banyak la masa aku untuk tulis.
Aku dikira bernasib baik coz kena jaga SPM di sekolah dekat ngan umah aku .Kalu tak kena la aku duk umah sewa kat penang yang selalu busy tu. Sekolah yang aku maksudkan adalah ex-school aku(sri muda). :)...
kalu dulu dalam dewan aku adalah calon SPM. Sekarang aku jadi pengawas SPM pulak. MAsa duk jaga tu teringat kenangan aku dulu.Cepatnye masa berlalu......
Tahun pertama mengajar mmg memberi banyak pengalaman utk aku.Masa cuti pun dapat pengalaman baru bila ditugaskan utk menjadi pengawas SPM. Elaun tak la banyak sgt tapi pengalaman tu yang penting.Tengok gelagat calon2 SPM yang bermacam2 perangai. Bila jaga budak yang kelas depan macam lain perangainya n bila kena jaga budak2 kelas pertengahan lain pulak perangainya. Setakat ni yg paling ketara aku tgk perbezaan budak kelas depan n belakang ni, yang kelas belakang ni suka kuar dewan awal.Bila tgk kertas diorang byk kosong!Bila aku fikirkan mak bapak diorang aku rasa kesian sgt.
Erm..macam2...:)
to be continue.....

Friday, June 5, 2009

PETUA-siri 1

Petua

Mengharumkan bilik tidur

Ambil beberapa helai daun pandan wangi, ramas-ramas dan pintalkan. Letakkan ditempat yang sesuai dalam bilik tidur anda. Atau anda boleh juga letakkan beberapa limau kasturi yang di belah dua di tempat sesuai. Bilik tidur anda akan sentiasa harum dengan adanya daun pandan atau limau kasturi berkenaan.

Lilin tahan lama
Pada lazimnya kita akan menggunakan lilin apabila bekalan elektrik terputus.Tetapi kebiasaannya lilin akan cepat habis atau cair.Jadi untuk menjadikan lilin ini menyala lebih lama,cubalah anda simpan lilin ini di dalam peti sejuk selama lebih kurang 24 jam sebelum anda gunakan. Lihatlah hasilnya anda pasti kagum.

Hilangkan kesan karat pada pakaian
Untuk menghilangkan kesan karat lama atau baru pada pakaian, bersihkan pakaian terlebih dahulu. Sapu sedikit kapur pada kesan karat tersebut dan perahkan limau nipis keatasnya. Biarkan 30 minit dan bolehlah dibilas.

Menghalau semut halus
Seringkali bila kita meletakkan barangan terutamanaya makanan ada saja semut halus yang menghurunginya. Cara mudah untuk menghalangnya adalah dengan menconteng disekeliling barangan tadi dengan kapur tulis. Dengan demkian semut halus tidak akan menganggu barangan tadi. Serbuk kapur tulis juga boleh ditaburkan dilaluan semut-semut untuk menghalaunya.